KOLOKIUM PELAJAR PRA U

Kolokium merupakan perjumpaan @ persidangan yang tidak formal untuk membincangkan perkara yang bersifat ilmiah dan berbincang secara berkumpulan. Kolokium mengandungi satu syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti.

Monday, September 28, 2009

TUGASAN SUDAH BERMULA?

Salam Sejahtera. Cikgu harap pelajar-pelajar telah memilih tajuk kolokium kumpulan masing-masing. Sila bertemu dengan Pensyarah Penyelia anda sekerap mungkin untuk mendapatkan pandangan dan panduan mereka. Jika anda ada masalah, sila kemukakan di sini.

Monday, September 7, 2009

JADUAL PERANCANGAN KERJA KOLOKIUM 2009

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Anda telah dibahagikan kepada kumpulan tertentu. Anda boleh menyemak nama anda serta pensyarah penyelia yang akan menyelia anda. Berikut adalah susunan dan jadual perancangan kerja untuk kolokium tahun 2009

Jadual Perancangan Kerja Kolokium 2009

Friday, September 4, 2009

KOLOKIUM : TARIKH PEMBENTANGAN

Kertas Kerja Kolokium Pelajar Pra U Sekolah Tinggi Kluang

1. Dibuat secara berkumpulan (5-6 pelajar) di bawah pengawasan seorang guru pembimbing.
2. Kertas Kerja – Sekurang-kurang 20 muka surat.
3. Semasa pembentangan pelajar boleh dibahagikan mengikut tugasan seperti – pembentang, mengawal selia komputer, menjawab persoalan yang berbangkit.
4. Masa pembentangan 20 minit.
5. Penghantaran tugasan. Kertas Kerja dan Power Point (Soft dan Hard Copy)

Topik/Tema
1. Ko-kurikulum – Kepentingan Khidmat Masyarakat dalam membentuk sahasiah
2. Kurikulum – Penjadualan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Pra-U
3. Kurikulum - Sistem Kuliah dan Tutorial – Pro dan kontra
4. Pilihanraya MPPU – Memperkasa Kepimpinan

Penilaian
a) Kertas Kerja
b) Persembahan Kertas Kerja
c) PBL Workbook/ Learning reflection
d) Pengurusan & Kerjasama Kumpulan

Penilai
1. Tn. Hj. Baharuddin b. Razali
2. En. Fauzan b. Ahmad
3. Pn. Salbiah bt. Mohd Nor
4. En. Razali b. Samad

Tarikh Pembentangan
23 Oktober 2009.

SUSUNAN PENULISAN KOLOKIUM

Susunan dan Urutan

Contoh
Halaman
Penghargaan i
Isi kandungan ii
Abstrak iii

1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi Konsep 2
3.0 Tinjauan Literature
(mengikut keperluan) 5
3.1 Sub-sub judul 8

4.0 10
5.0 ............... 13

6.0 Cadangan 15
7.0 Rumusan 16
Rujukan 17
Lampiran 18



Topik dan Tajuk
1. Topik tersebut ada manfaat dan layak dibahas.
2. Menarik
3. Diketahui dengan baik
4. Ada bahan sokongan dan dapat diperolehi dan mencukupi

Topik yang dipilih harus dihadkan skopnya agar perbicaraannya tidak terlalu luas atau terlalu sempit. Setelah topik diperolehi maka perlaksanaan topik harus dinyatakan dalam suatu tajuk.
Topik ialah pokok pembicaraan, sementara tajuk semacam nama atau label suatu kertas kerja.

Peringatan tentang Tajuk
a. Perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik
b. Biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan
c. Gunakan istilah yang btepat dan padat
d. Tidak mengandungi singkatan atau akronim

Kerangka Kertas Kerja
Kerangka merupakan himpunan ide utama yang disusun secara sistematik. Kerangka berguna sebagai pedoman penulisan tersebut.

Contoh :

Tajuk :
Pengenalan
Kandungan :
1. ____________________
2. ____________________
3. ____________________

Cadangan
Rumusan

Format Rujukan
a. Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)

i) Tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.
“Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang.......”

ii) Nama pengarang ditulis pada akhir ayat.
“Oleh itu, kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang........ (Paredis, 1993).”

iii) Sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang.
“Senggaraan secara berjadual......telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).”

iv) Sumber dirujuk dihasilkan oleh tiga atau lebih pengarang.
“Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan..............................”

Rujukan/Bibliografi
Ciri penting dalam sesuatu penulisan ilmiah adalah kejujuran ilmiah iaitu bentuk pernyataan tentang hasil penelitian/penulisan orang lain yang disajikan dalam penulisan tersebut. Rujukan/Bibliografi berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan.

Contoh menulis Rujukan.
a) Buku
Wan Zahid Mohd Nordin (1993). “ Wawasan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

b) Artikel dalam buku
Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership.” dlm. Mikac, N. “School Leadership.” Boston: Allyn & Bacon. 73-91.

c) Artikel dalam jurnal
Halinger, J.F. (1985). “ Assessing.” The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.

d) Tesis
Wan Ali Kazim (1993). “Demografi Penduduk......” Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.

e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan
Salim Salam (2000). “Peranan Pengetua........” PPD Kluang, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.

Penjilidan
Kertas kerja kolokium perlu dijilidkan menggunakan kaedah gegelung. Kulit depan dan belakang sama iaitu warna biru (warna kulit buku peraturan STK)

PENGENALAN KPD KOLOKIUM STK

KOLOKIUM PRA-U
SEKOLAH TINGGI KLUANG

Kertas Kerja
Kertas Kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan ilmiah, misalnya kolokium, simposiun, seminar atau persidangan. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah tertentu.

Kolokium
Kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan.

Manakala, menurut wikipedia mengenai kolokium atau dalam bahasa Inggerisnya Colloquium ialah :

A colloquium is an important type of academic activity. Typically, a colloquium will consist of a single lecture given by a member of the academic community about his or her work, to colleagues who work in the same or an allied field. The audience is expected to ask questions and to evaluate the work presented. Colloquia help to provide scholars with the opportunity to face and respond to criticism in the early stages of the development of new ideas.

Dalam akademik, kolokium lazimnya mengandungi satu syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti akademik tentang kerjanya kepada rakan yang berkerja dalam bidang berdekatan.[1] Para pendengar dijangkakan untuk menanyakan soalan dan menilai kerja yang dibentangkan. Kolokium juga menyediakan para sarjana ilham bagi memulakan ilham tahap baru.

Kolokium lebih bersifat tertutup. Ini bermakna, perbincangan di kalangan ahli akademik atau golongan cendekiawan itu memfokus kepada sesuatu topik dan tidak sewenang-wenangnya di sebarkan kepada umum, tanpa memutuskan hasil perbincangan itu melalui ketetapan atau resolusi akhir.

Format Kertas Kerja
Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang gtertentu. Berikut adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak.

Kertas dan Saiz
Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah dari jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.

Jidar/Margins
Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi
lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.

Huruf/Fonts
Huruf Times New Roman, Courier atau Arial bersaiz 12pt kerap digunakan. Huruf dan saiz yang digunakan mestilah konsisten dan tidak bercampur-campur.

Jarak Antara Baris
Jarak yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5 spacing). Bagi memulakan ayat baru selepas tanda noktah, perlu di ruangkan sebayak 2 ruang (2 space bar).

Muka Surat
Nombor Roman i, ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, sinopsis, abstrak, senarai jadual, penghargaan dsb.

Nombor angka 1, 2, 3 dan seterusnya digunakan untuk muka surat seterusnya bermula dari pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan lampiran.

Kulit Hadapan
Menggunakan kertas tebal berwarna biru (warna buku peraturan STK). Huruf yang digunakan bersaiz 16pt dan ditaip semuanya berhuruf besar. Kedudukan mestilah di tengah-tengah (center text).

Thursday, September 3, 2009

KOLOKIUM 2009

TAKLIMAT BERKAITAN KOLOKIUM

Pelajar-pelajar sekalian. Berikut adalah tarikh penerangan berkaitan kolokium:

  • PraU1F1, F2 dan F3 pada 3 Sept 2009 di Dewan Kuliah
  • PraU1B1, B2 dan B3 pada 4 Sept 2009 di Dewan Kuliah

Maklumat lanjut mengenai kolokium boleh anda perolehi pada hari tersebut.